counter Mata Wang: Mata Wang Dunia & Tempat Pertukaran Murah – The Entertainer list

Mata Wang: Mata Wang Dunia & Tempat Pertukaran Murah

Dalam dunia hari ini, mata wang merupakan instrumen terpenting sesebuah negara dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

Kadar pertukaran mata wang antara negara berubah setiap hari bergantung pada harga jualan dan harga belian wang tersebut.

Mengenai Mata Wang

Mata wang adalah suatu alat penting dalam system kewangan kerana ia memudahkan aktiviti pertukaran barangan di antara pengguna dan peniaga.

Sebelum sesuatu matawang dicipta, aktiviti kewangan dalam kehidupan manusia adalah mudah dan keperluan kepada pelbagai barangan dan perkhidmatan tidak mendesak.

Seseorang menggunakan sistem pertukaran (barter) barangan sebagai cara terbaik untuk mendapatkan barangan orang lain.

Ini sehinggalah wang dicipta dan digunakan sebagai perantaraan untuk memenuhi kehendak atau keperluan manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Wang mempunyai sifat penerimaan umum yang menghubungkan manusia sebagai alat perantaraan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Mata Wang Dunia

Antara mata wang utama dunia adalah seperti berikut:

Mata Wang Negara
Euro (EUR) Negara Eropah
US Dolar (USD) Amerika Syarikat
Great Britain Pound (GBP) United Kingdom
Swiss Franc (CHF) Switzerland
Yuan (CNY) China
Japanese Yen (JPY) Jepun
New Zealand Dollar (NZD) New Zealand
Australian Dollar (AUD) Australia
Riyal (SAR) Arab Saudi
Won (KRW) Korea Selatan
Ruble Rusia (RUB) Rusia

Mata Wang Malaysia

Malaysia menggunakan mata wang Ringgit (MYR) yang mana perkataan ini telah digunakan lebih dari 500 tahun lalu untuk merujuk kepada mata wang dolar Sepanyol yang mempunyai bentuk gerigi.

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas rasmi pada 12 Jun 1967 dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Tan Siew Sin, mengumumkan penggunaan ringgit sebagai mata wang baru yang menggantikan Dolar Malaya dan British Borneo.

Nilai tukar ditetapkan sama antara mata wang baru dan lama.

Wang kertas pertama ini termasuk denominasi $1, $5, $10, $50, dan $100 manakala wang kertas $1000 dikeluarkan kemudian pada 2 September 1968.

Kadar Tukaran Asing Berbanding Ringgit

Berikut adalah kadar tukaran semasa:

Tempat Tukaran Wang Paling Murah

Untuk mencari tempat tukaran wang paling murah, berikut adalah tempat yang boleh dipertimbangkan:

Syarikat Tempat
My Money Master Mid Valley – LG040 Centre Court
MV Forex Mid Valley – LG042 Centre Court
Jalinan Duta Nu Sentral – LG47A Lower Ground
Global Millennium Trading (GMT) IOI City Mall – No 43C Lower Ground Floor
Visionary Creation Sdn Bhd IOI City Mall – LG 34B Lower Ground Floor
Vital Rate Pavilion Mall KL – Lot 1.24.00 Level 1
Spectrum Forex Sunway Pyramid – LG2-61 Lower Ground 2
Max Money Sungei Wang – Plaza Sungei Wang LG 153
Sky Xchange  Jalan Masjid India – 1002-A, Ground Floor
NS Cashpoint Sentul – Sentul Boulevard No 6 Ground floor
Antara Duit  Avenue K – C7, Concourse Level, Avenue K Mall
Yusul Enterprise Lotus Kepong – Lot SB41, LG1 Carpark, Menjalara
Sumber: the Halal Xplorer

Info Lanjut

Info lanjut mengenai wang, sila klik tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=zW45yUsdmT0.

Baca juga: Baht Thailand : Sejarah & Info Tukaran Mata Wang Rasmi Thai

    About admin