Bagi mereka yang mempunyai mesin basuh, kadang-kala mereka perlu memasang kepala paip mesin basuh mereka.
Tahukah anda terdapat beberapa jenis kepala paip dan mestilah dipasang dengan betul untuk memastikan air tidak menitis.
Mengenai Kepala Paip Mesin Basuh
Kepala paip yang juga dikenali sebagai aerator, adalah bahagian penting mengawal aliran air yang dikeluarkan.
Kepala paip ini juga membantu mengurangkan jumlah air yang keluar tanpa mengurangkan tekanan air, menjimatkan air dan menjimatkan kos bil air.
Untuk mesin basuh, kepala paip adalah elemen yang penting bagi memastikan aliran air dapat disalurkan untuk membasuh baju.
Jenis Kepala Paip
Terdapat dua jenis kepala paip ini di pasaran iaitu:
i) One Way
Mempunyai satu saluran air keluar


ii) Two Way
Mempunyai dua aliran air keluar.

Cara Pasang
Untuk masin basuh automatik, kepala paip mestilah disambung dengan penyambung hose untuk memastikan air mengalir dengan baik.
Terdapat 2 penyambung hose iaitu:
i) Screw Connect
- Ambil bahagian Screw Connect tersebut.
- Ketatkan screw tersebut. Ini bagi mengelakkan air terpancut keluar.
- Masukkan semula getah dan pusingkan yang berwarna putih sehingga ketat.
- Sambungkan Screw Connect dan buka air. Pastikan tiada air yang keluar.

ii) Quick Connect
- Pastikan muncung paip sesuai.
- Pastikan hose mesin basuh mempunyai Quick Connect.
- Tekan penyambung hose dan masukkan di muncung kepala paip.
- Kemudian, lepaskan untuk memastikan ia berada di tempat yang sesuai.

Video Cara Pemasangan
Untuk mendapat gambaran lebih jelas, sila ikuti tutorial di video ini:
Baca juga: 15 Steam Iron Terbaik & Murah (Bawah RM80)