counter SPS Madani 2025 : Cara Memohon & Syarat Kelayakan – The Entertainer list

SPS Madani 2025 : Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Bagi individu yang bekerja di bawah sektor sukarelawan, perkhidmat rumah ibadat dan penyelia dan petugas pusat komuniti, kerajaan telah menyediakan SPS Madani 3.0 buat anda semua, di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan skim ini, pastikan anda terus bersama dengan kami sehingga ke penghujung artikel ini. Akan kami terangkan semuanya tentang skim ini buat anda.

Apa itu SPS Madani 2025?

SPS Madani 2025 adalah inisiatif kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial secara percuma (100% dibiayai kerajaan) kepada kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang terpilih.

Namun untuk tahun 2025, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan di mana inisiatif ini hanya menanggung sepenuhnya caruman tahunan di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80) untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan, tanpa sebarang bayaran daripada peserta.

SPS Madani 3.0 ini juga hanya dikhususkan kepada tiga kategori utama kumpulan sasar iaitu:

  • SPS Sukarelawan :
    •  Anggota sukarelawan seperti Tentera, Polis Simpanan, Pertahanan Awam, Bomba, dan RELA.
  • SPS Perkhidmat Rumah Ibadat :
    •  Petugas di rumah ibadat Islam (masjid dan surau) yang berdaftar di bawah JAKIM atau negeri.
  • SPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti :
    •  Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Faedah SPS Madani 3.0

Penerima SPS Madani bagi tahun 2025 ini akan menerima pelbagai manfaat perlindungan sosial yang disediakan oleh PERKESO, antaranya:

Tarikh Permohonan & Tarikh Berkuat Kuasa

Bagi anda yang berminat untuk memohon SPS Madani 2025 ini, anda sudah boleh melakukan permohonan bermula 13 Mac 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Tarikh berkuatkuasa pula adalah bermula pada 9 April 2025 sehingga 31 Disember 2025. Namun begitu SPS Madani ini akan tamat secara automatik sekiranya telah mencapai tahap maksimum peruntukkan yang diluluskan.

Walau bagaimanapun, permohonan dan bayaran bagi carumannormal boleh diteruskan seperti biasa.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat untuk melakukan permohonan SPS Madani 3.0 ini, pastikan anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di bawah bagi memudahkan proses permohonan anda nanti:

  • Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur;
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa;
  • Orang Bekerja Sendiri yang bekerja di Malaysia;
  • Orang Bekerja Sendiri dari kumpulan sasaran yang dinyatakan sebelum ini dan;
  • Orang Bekerja Sendiri belum mendaftar di bawah Inisiatif Belanjawan 2025.

Cara Permohonan SPS Madani 2025

Bagi anda yang berada di bawah kumpulan sasaran yang dinyatakan dan telah memenuhi semua syarat kelayakan di atas, anda boleh melakukan permohonan SPS Madani 2025 dengan cara berikut:

  • Melalui agensi pentadbiran kawal selia masing-masing.
  • Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada pihak PERKESO

Anda juga perlu menyediakan dokumen-dokumen di bawah sewaktu melakukan permohonan nanti :

  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas madani komuniti/ Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut.
SPS MADANI

Semakan Kelayakan

Setelah melakukan permohonan SPS Madani 2025 ini, anda boleh menyemak kelayakan anda dengan cara berikut:

  1. Orang Bekerja Sendiri boleh menyemak pendaftaran dan carumanbmelalui Laman Web Prihatin (prihatin.perkeso.gov.my) iaitu melalui Status Pengesahan Bekerja Sendiri;
  2. Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara;
  3. Berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian
    1300-22-8000; dan
  4. Orang Bekerja Sendiri yang berjaya menyertai inisiatif ini akan menerima
    notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SPS Madani 3.0 ini anda boleh rujuk pada FAQ yang disediakan PEKESO di bawah:

    About admin