Dalam era digital kini, kebanyakan urusan harian manusia telah mengalami proses pendigitalan termasuklah kad kahwin digital.
Kad kahwin merupakan kad yang dihantar untuk menyampaikan jemputan majlis perkahwinan kepada tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan sanak saudara.
Jika dahulu kad ini dalam bentuk bercetak, kini ianya lebih mudah kerana ia boleh dibuat dengan digital sahaja.
Maksud Kad Kahwin Digital
Kad kahwin ini merupakan kad jemputan perkahwinan dalam bentuk online yang membolehkan seseorang mencipta, menyunting dan menghantar jemputan perkahwinan dalam bentuk digital.
Kad ini kemudiannya dihantar kepada mereka yang berkenaan melalui WhatsApp, email atau media sosial.
Selain itu, kad berbentuk digital ini juga mempunyai pelbagai corak atau design yang menarik mengikut kesesuaian atau tema perkahwinan.
Kelebihan Kad Kahwin Digital
Antara kelebihan kad kahwin ini adalah seperti berikut:
- Menyelamatkan Alam Sekitar: Kad ini tidak membantu mengurangkan penggunaan kertas yang berpotensi menyebabkan penebangan pokok.
- Menjimatkan Duit: Dapat mengurangkan kos yang biasanya akan digunakan untuk mencetak dan mengirimkan kad kahwin tersebut.
- Mudah Untuk Dihantar: Memudahkan keluarga pasangan untuk mengedar dan menghantar informasi tentang pernikahan mereka kepada tetamu undangan seperti maklumat majlis, peta lokasi, dan bahkan link RSVP.
- Design Kad Lebih Terkini: Pasangan mudah memilih design kad kahwin ini yang terkini dan sesuai dengan tema perkahwinan mereka atau gaya peribadi mereka.
- Mudah Disimpan: Ianya mudah disimpan dan mengelakkan ianya rosak terkena air atau bahkan hilang setelah majlis perkahwinan selesai. Selain itu, ia dapat diakses pada bila-bila masa sahaja.
Ciri-Ciri Kad Kahwin
Antara ciri-ciri kad kahwin adalah seperti berikut:
- Maklumat majlis berlangsung
- Maklumat keluarga
- Maklumat pengantin
- Peta/map
- Individu yang boleh dihubungi
Kad Kahwin Digital RSVP
Selain itu, kad kahwin kini juga boleh dimasukkan RSVP atau secara ringkas bermaksud “Sila berikan respond atau maklum balas.”
Kad yang mempunyai RSVP ini sesuai untuk majlis yang tertutup dan memerlukan pengesahan kehadiran daripada tetamu.
Untuk membuat borang RSVP ini, salah satu aplikasi yang boleh digunakan adalah Google Form yang mudah digunakan untuk mengumpulkan status kehadiran tersebut.
Untuk mengetahui cara membuat kad berbentuk ini, sila teliti video di bawah:
Cara Buat Kad Kahwin Digital
Untuk membuat kad kahwin digital, salah satu aplikasi yang boleh digunakan adalah Canva.
Untuk membuat kad kahwin menggunakan aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari https://www.canva.com/.
- Buka template kosong.
- Taip bahagian search di atas “Wedding Backdrop”
- Masukkan text yang diinginkan.
- Anda boleh memasukkan perkara lain seperti bunga atau sebagainya yang boleh dipilih dengan menaip bahagian search di atas dan memasukkan dalam template tersebut.
- Duplicate page untuk page kedua.
- Duplicate lagi jika ingin menambah page.
Untuk mendapatkan lebih gambaran mengenai cara membuat kad ini, sila tonton video di bawah:
Contoh Kad Kahwin Digital
Antara contoh kad kahwin yang boleh dijadikan panduan adalah seperti di bawah:



Baca juga: Kad Kahwin: 20 Contoh Ucapan & Inspirasi Design Kad